Ulama Mesir dakwa amalan bukan kehendak Islam
Akhbar al-Masry al-Youm melaporkan, cadangan Muhammad tercetus ketika dia melawat sebuah sekolah menengah awal minggu ini.
Melawat sekolah itu pada permulaan sesi akademik bagi mengekang penularan selesema babi, dia berang melihat pelajar berpurdah dan mengarahkan ia dibuka.
“Purdah tidak ada kena mengena dengan Islam, sebaliknya hanya budaya,” katanya.
Muhammad kemudian mengumumkan akan mengeluarkan arahan melarang penuntut wanita memasuki Universiti al-Azhar jika mengenakan purdah.
“Purdah bukan ajaran Islam. Saya lebih tahu mengenai agama berbanding ibu bapa kamu,” katanya.
Sementara itu, sumber berkata, polis menerima arahan lisan melarang pelajar wanita memasuki al-Azhar, selain menguatkuasakan arahan sama di sekolah menengah dan beberapa dormitori universiti di Kaherah.
Arahan itu dilihat sebahagian daripada kempen kerajaan membanteras pengaruh golongan konservatif tegar di Mesir.
Seorang ulama, Abdel Moati Bayoumi, berkata ulama al-Azhar akan menyokong Muhammad jika dia mengeluarkan perintah itu.
“Kami sependapat purdah bukan kehendak agama.
“Taliban memaksa wanita memakai purdah dan fenomena itu semakin menular.
“Kini sampai masanya ia dibanteras,” katanya. - AP
Sumber : Harian Metro
0 comments:
Post a Comment