PP-MAKLUMAN

Kesemua TAJUK dan juga ISI didalam blog ini adalah diambil daripada SUMBER yang telah Pure Pearl sertakan disetiap post. Manakala sebahagian daripada GAMBAR yang berada disetiap post diambil daripada sumber tersebut dan juga daripada sumber internet (hanya sekadar hiasan).- Harap maklum.


Wednesday, August 12, 2009

CAIRO pusat penyelidikan robotik ulung

Robot Monyet

PUSAT Robotik dan Kepintaran Buatan (CAIRO) , Fakulti Kejuruteraan Elektrik Universiti Teknologi Malaysia (UTM), ditubuhkan pada 1997 dan merupakan satu daripada pusat kecemerlangan universiti berkenaan

CAIRO telah berperanan sebagai peneraju pusat penyelidikan dan pembangunan (R& D) dalam bidang kepintaran buatan dan robotik dan automasi di negara ini.

Peranannya yang utama ialah memperoleh teknologi canggih dan terlibat dalam penyelidikan dan bekerjasama dengan pihak industri untuk menambah baik produk robot yang dihasilkan.

Malah, CAIRO menetapkan supaya dapat diktiraf sebagai pusat penyelidikan yang diktiraf di peringkat antarabangsa.

Seperti yang tercatat pada laman web pusat tersebut, CAIRO aktif mengadakan kerjasama dengan pelbagai universiti luar negara termasuk dari Jepun, Perancis, United Kingdom dan pelbagai pihak lain melibatkan banyak bidang penyelidikan.

Kemampuannya pula telah terbukti dengan penubuhan syarikat Augmented Innovations Sdn. Bhd (AISB), bertujuan menambah baik dan mengkomersialkan penyelidikan yang dihasilkan pusat tersebut

Sejajar dengan penstrukturan dasar UTM pula, pusat tersebut juga mengembangkan bidang penyelidikannya termasuk dalam kawalan, instrumentasi, dan proses tomografi.

Ini melibatkan bidang ACE (Automasi, Cybernetics, dan sistem kejuruteraan).


Sumber : Utusan Malaysia

0 comments:

 
.:| PURE PEARL |:. © 2009 | Designed by Sarani ©