PP-MAKLUMAN

Kesemua TAJUK dan juga ISI didalam blog ini adalah diambil daripada SUMBER yang telah Pure Pearl sertakan disetiap post. Manakala sebahagian daripada GAMBAR yang berada disetiap post diambil daripada sumber tersebut dan juga daripada sumber internet (hanya sekadar hiasan).- Harap maklum.


Monday, August 10, 2009

Mesin terjemah salakan anjing

KAKITANGAN SYARIKAT PENGELUAR "Bowlingual voice", BERSAMA DENGAN ANJING PADA PAMERAN PERMAINAN TOKYO, BARU-BARU INI. - afp

SEKUMPULAN pencipta Jepun telah berjaya mencipta alat yang didakwanya boleh mengesan emosi anjing daripada salakannya.

Alat yang dinamakan Bowlingual Voice oleh pembuat mainan Takara Tomy merupakan gajet bercakap yang menganalisis akustik salakan anjing dan menterjemah penemuannya kepada bahasa manusia.

Gajet berkenaan memberikan penumpuan kepada mengesan enam emosi termasuk kesedihan, kegembiraan dan kekecewaan bersama-sama dengan merakamkan patah perkataan seperti 'jom main bersama-sama'.

Bowlingual Voice akan berada di pasaran pada harga £129 (RM755) di Jepun bulan depan dan ia lebih berteknologi tinggi berbanding dengan model asal yang dilancarkan tujuh tahun lalu.

Gajet yang dijual hanya di Jepun terdiri daripada mikrofon yang diletakkan di leher anjing bersama-sama dengan satu gajet untuk operasi pada pemiliknya.

Apabila anjing menyalak, mikrofon merekodkan bunyi dan menghantar data kepada pemilik anjing menerusi gajet yang dipegang yang akan menterjemahnya kepada patah-patah perkataan yang cuba dizahirkan oleh haiwan berkenaan.

Bowlingual tulen bukan alat percakapan tetapi menterjemah emosi ke skrin telah dibeli oleh lebih 300,000 penduduk Jepun sejak mula dilancarkan.


Sumber : Utusan Malaysia

0 comments:

 
.:| PURE PEARL |:. © 2009 | Designed by Sarani ©