PP-MAKLUMAN

Kesemua TAJUK dan juga ISI didalam blog ini adalah diambil daripada SUMBER yang telah Pure Pearl sertakan disetiap post. Manakala sebahagian daripada GAMBAR yang berada disetiap post diambil daripada sumber tersebut dan juga daripada sumber internet (hanya sekadar hiasan).- Harap maklum.


Friday, August 14, 2009

Robot sut bantu pergerakan kaki manusia

TIGA kakitangan Cyberdyne Inc. memakai sut robot HAL melintas jalan raya sebagai promosi kepada sut seberat 10kg di Tokyo, Jepun semalam. - AP

TOKYO 4 Ogos - Pekerja-pekerja sebuah syarikat robotik telah mempamerkan sebuah rekaan sut pemulihan bagi membantu golongan yang mengalami masalah pergerakan anggota badan di jalan-jalan pusat bandar raya ini.

Wakil Cyberdyne, Takatoshi Kuno berkata, sut HAL seberat 10 kilogram iaitu singkatan bagi 'anggota sokongan hibrid' yang dilengkapi dengan pengesan yang mampu membaca isyarat otak menerusi kulit manusia.

"HAL direka bagi membantu golongan yang mengalami masalah lemah otot kaki dan kesukaran bergerak... Kami mahu membuktikan HAL sangat berguna dalam kehidupan harian kita," kata Kuno.

Dipasang pada tali pinggang, HAL mampu mengesan isyarat otak ke pendakap kaki mekanikal yang diikat pada paha dan lutut, yang mana menyediakan bantuan robot kepada golongan lemah anggota badan.

HAL dihasilkan dalam tiga saiz iaitu kecil, sederhana dan besar malah mempunyai satu kaki dengan sewaan bulanan bernilai 150,000 yen (RM5,548) manakala bagi sepasang kaki berharga 220,000 yen (RM8,138) sebulan.

Ia tidak dapat dipastikan tarikh jualan HAL kepada orang ramai atau harga yang ditetapkan bagi setiap unit.

Malah, syarikat robotik itu turut enggan menyatakan jumlah kos bagi setiap pengeluaran HAL.

Cyberdyne berkata, Amerika Syarikat dan sesetengah negara Eropah telah menyatakan minat mereka terhadap produk tersebut, namun pihaknya enggan memberikan maklumat lanjut.

HAL mungkin memberikan faedah meluas kepada golongan kurang upaya dan warga emas.

Jepun kini bergelut dengan sebuah masyarakat yang mengalami masalah penuaan terlalu cepat.

Kira-kira satu per lima daripada 128 juta penduduk adalah berumur 65 tahun atau lebih, dan angka itu dijangka bakal berganda dalam masa 30 tahun akan datang. - AP


Sumber : Utusan Malaysia

0 comments:

 
.:| PURE PEARL |:. © 2009 | Designed by Sarani ©