PP-MAKLUMAN

Kesemua TAJUK dan juga ISI didalam blog ini adalah diambil daripada SUMBER yang telah Pure Pearl sertakan disetiap post. Manakala sebahagian daripada GAMBAR yang berada disetiap post diambil daripada sumber tersebut dan juga daripada sumber internet (hanya sekadar hiasan).- Harap maklum.


Thursday, July 16, 2009

Gajah dicat warna panda


SEKUMPULAN pelajar sekolah mendekati gajah yang diwarnakan seperti beruang panda di wilayah Ayutthaya baru-baru ini.


GAJAH sudah menjadi simbol Thailand sejak sekian lama namun negara itu mempunyai minat mendalam terhadap beruang panda sejak seekor haiwan berkenaan melahirkan anak di sebuah zoo di Bangkok baru-baru ini.

Sebuah akhbar semalam melaporkan, sekumpulan penjaga gajah di Ayutthaya-Elephant Kraal bertindak mengecat lima ekor gajah dengan warna putih seperti corak bulu panda.

Gajah-gajah berkenaan kemudian diarak di hadapan para pelajar sekolah bagi menarik perhatian warga Thai yang kini terlalu obses terhadap anak panda tersebut.

Taktik penjaga gajah itu ternyata berjaya setelah ia mendapat tumpuan umum namun laman web akhbar Bangkok Post melaporkan tindakan itu keterlaluan.

"Kerajaan perlu menjaga simbol negara... gajah!" kata seorang pembaca. - Agensi


Sumber : Kosmo

1 comments:

MAN DA MACHINO said...

Gajah jadi Panda?

ermmm...

 
.:| PURE PEARL |:. © 2009 | Designed by Sarani ©