PP-MAKLUMAN

Kesemua TAJUK dan juga ISI didalam blog ini adalah diambil daripada SUMBER yang telah Pure Pearl sertakan disetiap post. Manakala sebahagian daripada GAMBAR yang berada disetiap post diambil daripada sumber tersebut dan juga daripada sumber internet (hanya sekadar hiasan).- Harap maklum.


Wednesday, July 29, 2009

Saham syarikat penerbangan jatuh kerana klip video penyanyi

KLIP video Caroll yang bermain gitar di YouTube ditonton empat juta pengguna Internet.

CHICAGO - Kedegilan syarikat penerbangan United Airlines membayar pampasan kerosakan sebuah gitar milik seorang penumpang yang merupakan seorang penyanyi dari Kanada membawa padah apabila ia menyebabkan saham syarikat itu jatuh 10 peratus.

Sebuah akhbar semalam melaporkan, penyanyi itu, Dave Carroll, mendakwa gitar miliknya rosak semasa dia tiba di di Lapangan Terbang O'Hare di Chicago, Amerika Syarikat pada musim bunga tahun lalu.

Carroll kemudian mengadu kerosakan itu kepada bahagian khidmat pelanggan United Airlines namun ia ditolak.

Dia kemudian menerbitkan klip video berjudul United Breaks Guitars yang kini sudah ditonton lebih empat juta pengguna Internet dalam tempoh 10 hari di laman web YouTube.

Dalam klip itu, beberapa penumpang lain menjerit: "Mereka (pembawa bagasi) sedang menghempas gitar."

Syarikat United Airlines kemudian menawarkan kos untuk membaiki gitar dan menawarkan baucar penerbangan £700 (RM4,069) namun ia ditolak Carroll yang menyarankan agar wang itu diderma kepada rumah kebajikan kerana kos untuk membaiki gitar tersebut mencecah lebih £1,000 (RM5,813). - Agensi




Sumber : Kosmo






0 comments:

 
.:| PURE PEARL |:. © 2009 | Designed by Sarani ©