PP-MAKLUMAN

Kesemua TAJUK dan juga ISI didalam blog ini adalah diambil daripada SUMBER yang telah Pure Pearl sertakan disetiap post. Manakala sebahagian daripada GAMBAR yang berada disetiap post diambil daripada sumber tersebut dan juga daripada sumber internet (hanya sekadar hiasan).- Harap maklum.


Saturday, July 11, 2009

Makan kari elak lupa

Semakin ramai orang Barat yang sudah memahami kandungan khasiat penting daripada bahan rempah yang selama ini sering digunakan dalam penyediaan makanan Asia.

KOLEJ Diraja Psikiatri Britain mendakwa amalan makan hidangan berasaskan kari sekurang-kurangnya dua kali seminggu dapat mengurangkan risiko penyakit Alzheimer dan mudah lupa.

Ini kerana sejenis bahan dikenali sebagai Curcumin yang merupakan kandungan kunyit - digunakan secara meluas dalam masakan masyarakat India; dipercayai dapat menghalang perubahan otak.

Curcumin menjadi agen penghalang Amyloid plaques - protein toksik punca utama penyakit Alzheimer. Kajian makmal dan ujian ke atas haiwan juga membuktikan kari dapat melawan penyakit mudah lupa.

Malah pakar pemakanan Amerika Syarikat yang berasal dari India, Prof. Murali Doraiswamy memberitahu, mereka yang makan kari dua hingga tiga kali sehari berisiko rendah untuk mudah lupa.- Agensi



Sumber ; Kosmo

2 comments:

EMANG said...

so, jan lupa makan curry kan..

nyum2..sedap..


;)

Pure Pearl © said...

Yerp...
Kalau mo makan kari yang KAUW punya...
p kedai mamak...gerenti letup..
hehe...

 
.:| PURE PEARL |:. © 2009 | Designed by Sarani ©