PP-MAKLUMAN

Kesemua TAJUK dan juga ISI didalam blog ini adalah diambil daripada SUMBER yang telah Pure Pearl sertakan disetiap post. Manakala sebahagian daripada GAMBAR yang berada disetiap post diambil daripada sumber tersebut dan juga daripada sumber internet (hanya sekadar hiasan).- Harap maklum.


Thursday, July 23, 2009

Harry Potter dirakam dalam istana

DANIEL RADCLIFFE (kanan) yang melakonkan watak Harry Potter bergambar bersama 'klon' Ratu Elizabeth.

PEMERINTAH Britain, Ratu Elizabeth II mempunyai cara tersendiri untuk memperoleh sumber kewangan termasuk membenarkan sebahagian kawasan istana baginda dijadikan lokasi rakaman filem.

Sebuah akhbar semalam melaporkan, gergasi perfileman Warner Brothers menerima kebenaran Elizabeth untuk menggunakan hutan berhampiran Istana Windsor sebagai lokasi rakaman filem ahli sihir kanak-kanak terkenal, Harry Potter.

Krew penggambaran akan berkampung di hutan tersebut bagi merakam bahagian terakhir filem bertajuk Harry Potter and the Deathly Hallows.

Kawasan hutan Swinley di Berkshire seluas 1,052 hektar itu akan ditutup sepenuhnya ketika proses rakaman berlangsung.

Elizabeth dilaporkan 'gembira' kerana baginda merupakan peminat filem Harry Potter.

Filem terbaru Harry Potter bertajuk Half-Blood Prince akan mula ditayangkan pada bulan depan.

Pihak istana dan Warner Brothers tidak mendedahkan jumlah sewa yang dibayar tetapi wang itu akan dimasukkan ke dalam tabung diraja. - Agensi


Sumber : Kosmo

0 comments:

 
.:| PURE PEARL |:. © 2009 | Designed by Sarani ©